“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik).Assalamuaalaikum, Membaca Al-Quran merupakan satu kewajipan bagi kita umat islam. Al-Quran merupakan kitab suci dan kalam Allah S.W.T yang paling agung. Sudah menjadi kemestian buat kita untuk mengamalkan membaca al-quran serta mempelajari apa makna isi kandungan al-quran tersebut.
Pelbagai kisah-kisah para nabi serta insan terpilih dahulu yang patut kita jadikan contoh dan teladan pada kehidupan seharian kita. Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat yang terkandung didalam al-quran boleh kita aplikasikan didalam zaman sains dan teknologi ini agar dapat memberi kebaikkan pada kita semua.
Islam Itu Indah Sebenarnya ajaran Islam amat indah dan mudah. Segala apa yang bermain diruang fikiran kita, pasti ada jawapannya didalam Al-Quran. Hebat sungguh kebesaran dan ciptaan Allah ini. Fahami dan hayati bacaannya serta terjemahannya…
Mengikut Zaman Teknologi
Di zaman dunia serba canggih ini. Al-Quran juga dinaik taraf kepada digital. Tetapi anda jangan risau kerana walaupun ianya versi digital tetapi segala pengisian masih sama. Dalam zaman teknologi ini, para saintis dan inventor yang beragama Islam telah mencipta sesuatu yang menakjubkan dan memudahkan lagi umat Islam khususnya dan bukan Islam amnya untuk mendalami ilmu Islam dari Al-Quran yang sebenar.
